ABOUT US

Sejarah, Misi & Visi

Previous
Next

Bermula pada

0

White Resort Camp dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputera, White Resort Camp Sdn Bhd. Penubuhan asalnya adalah bertujuan untuk kegunaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari tahun 2008 sehinga tahun 2018 dan ianya dikenali sebagai Kem PLKN White Resort. Kem ini telah dibuka untuk pengambilan pelatih PLKN bermula dari Kumpulan 1, Siri 5 pada 28 Disember 2007.

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2019, Kem PLKN White Resort telah dijenamakan semula sebagai White Resort Camp. Lokasi kami beroperasi di alamat Mukim 7 & J, Kampung Ginting, Daerah Barat Daya, 11000, Balik Pulau, Pulau Pinang.

White Resort Camp telah dibangunkan di atas sebidang tanah yang berkeluasan 40 ekar. Kem ini berada pada kedudukan lokasi yang strategik, di mana ianya terletak 5 KM dari Pekan Balik Pulau,15 KM dari Lapangan Terbang Bayan Lepas dan 38 KM dari Georgetown.

Selain daripada itu, kem ini juga di kelilingi oleh kawasan dusun durian dan berdekatan dengan Pulau Betong yang merupakan lokasi pendaratan dan pengumpulan ikan segar di Balik Pulau. Kedudukan kem yang berhampiran dengan kaki Bukit Genting juga menawarkan panorama yang indah, dingin dan berkabus.

Kem ini memiliki prasarana penginapan dan elemen latihan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan sehingga mampu menampung penginapan seramai 1000 orang dalam satu masa.

Sepanjang kem ini beroperasi, kami telah melaksanakan pelbagai latihan kepada peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, organisasi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan syarikat swasta. Tenaga pengajar kami juga merupakan barisan Jurulatih yang berpengalaman dan pakar dalam bidang latihan indoor dan outdoor. Justeru itu, kami berkeyakinan dalam menyokong anda untuk melalui setiap aktiviti dengan bersemangat.

Misi & Visi Kami

Menyediakan kualiti perkhidmatan kemudahan prasarana yang kondusif dan selamat serta melaksanakan program latihan secara professional seterusnya dapat menjadi sebuah kem latihan yang dapat menyediakan perkhidmatan paling unggul dan sentiasa menjadi pilihan utama anda.

Jom Booking Sekarang

White Resort Camp sentiasa dipenuhi dengan peserta yang datang dari seluruh Malaysia. Jangan tunggu lagi. Tempah sekarang dengan klik butang di bawah untuk menghubungi pegawai yang bertugas.